Kekecohan isu game sarkis JDT vs Borussia Dortmund

Perkara yg sering terjadi ialah bila apa saja yang melibatkan team johor dt mesti menjadi tajuk utama dan viral disemua tempat ramai yang menganggap game jdt vs dortmund diamakan dengan game harimau malaya vs spurs ermmmmmm.....

dibawah statement dri official page johor southern tigers sedikit sebanyak menerangkan ttg isu game ini.
PERBEZAAN ANTARA PERLAWANAN SARKIS DAN JDT MENENTANG BVB
Ada sesetengah pihak yang ingin terus kekal dalam kejahilan, dan ini tidak memanfaatkan sesiapa sekalipun. Di sini, kita melihat satu percutian pasca-musim yang berselindung di sebalik sebuah perlawanan bolasepak yang tidak mendatangkan sebarang faedah. Perlawanan Tottenham Hotspur menentang Pilihan Malaysia diberi jolokan "perlawanan sarkis", dan ianya memang sesuai dengan gelarannya. Apakah hasil peninggalan daripada perlawanan tersebut?
Suatu hubungan kerja dengan FAM? Kita tidak mendengar atau melihat sebarang persetujuan usahasama dimeterai oleh kedua pihak. Adakah terdapat pertukaran pengetahuan teknikal? Adakah Spurs akan menerima kunjungan mana-mana pasukan seliaan FAM? Adakah perlawanan tersebut digunakan sebagai suatu eksperimen bagi persediaan pasukan kebangsaan bagi tugas-tugas akan datang?
Jadi, kepada mereka yang kurang faham, perlawanan tersebut tiada lain hanyalah untuk suka-suka sahaja bagi pasukan Spurs.
Bandingkan ia dengan perlawanan persediaan pra-musim dengan seorang jurulatih baru yang sedang berusaha gigih membentuk sebuah pasukan yang kohesif. Bandingkan ia dengan satu elemen perpaduan untuk pemindahan teknologi. Bandingkan ia dengan pengambilan jurulatih yang akan diterapkan dengan tradisi dan falsafah kelab. Di situlah perbezaan di antara "perlawanan sarkis" dengan perlawanan JDT melawan Borussia Dortmund. Perlawanan ini merupakan perlawanan kompetitif yang serius, dan bermanfaat kepada para pemain JDT.
Perlawanan ini juga bagi mengukuhkan hubungan antara dua kelab yang bercita-cita tinggi, melalui usahasama yang akan memberikan manfaat kepada bolasepak negara. Dengan adanya kerjasama ini, anak-anak didik Akademi JDT dari seluruh pelusuk negara yang bakal dilatih oleh tenaga pengajar berkepakaran dari Dortmund, berpeluang untuk meningkatkan mutu bolasepak tempatan serta mewakili Malaysia dengan cemerlang pada masa akan datang.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Related Posts :

0 Response to "Kekecohan isu game sarkis JDT vs Borussia Dortmund"

Post a Comment